11.5.10

Mahu kahwin duit tak cukup

5 comments
Mahu kahwin duit tak cukup

Kaunseling untuk remaja, ada pula macam ini, mahu kahwin tapi tak cukup duit, artikel nie aku jumpa dalam website HMETRO, korang boleh la baca-baca kisah selanjutnya. Wahai remaja sekalian, anda perlu buat satu pelan simpanan dan dapatkan nasihat daripada institusi kewangan atau pakar kewangan dalam perkara ini. anda juga boleh membaca buku berkaitan simpanan duit untuk masa hadapan.

Jika anda serius untuk berkahwin, cuba usahakan majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan anda. Anda perlu merancang kewangan untuk tujuan perkahwinan itu.

Sikap jimat-cermat boleh membantu anda dalam mengurus simpanan untuk tujuan perkahwinan dengan baik. Kalau anda sudah berazam untuk mendirikan rumah tangga, fikirkan lah jalan yang terbaik untuk mengejar matlamat anda menjadi sepasang suami isteri yang bahagia hingga ke anak cucu.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hidup mesti berlari ke depan,bukan berlari ke belakang.

5 comments:

White Bird says:
May 11, 2010 at 12:17 PM

setuju! buat ikut kemampuan kewangan

Mia Liana says:
May 12, 2010 at 2:06 AM

sekadar yg termampu...jgn over

AminJohar.com says:
May 12, 2010 at 2:43 PM

Ngah kumpul bunga raya color hijau tua banyak2x.. buat modal untuk kahwin..

Miskin g.. kena banyak bersabar. :-)

Cikbelog says:
May 14, 2010 at 7:14 PM

jgn berhutang semata2 kawen..huhu

Hazwan Hakim says:
May 16, 2010 at 10:28 AM

kalo nk senang kahwin...baca buku ni dlu...dapat tau cara2 tuk jimat wang dan pengurusan perkahwinan dengn bagus..:)
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=HazwanHakim

Post a Comment