26.5.10

Korea Utara putus hubungan dengan Korea Selatan

1 comments
Korea Utara putus hubungan dengan Korea Selatan,korea,japan,anything style


SEOUL 26 Mei - Korea Utara hari ini mengisytiharkan bahawa ia akan memutuskan segala hubungan termasuk komunikasi dengan Seoul sebagai hukuman kerana menuduh negara itu menenggelamkan kapal perang milik Korea Selatan.

Korea Utara putus hubungan dengan Korea Selatan,korea,japan,anything style

Korea Utara juga mengumumkan bahawa ia akan menghalau keluar semua pihak berkuasa Korea Selatan yang bekerja di kilang pembangunan bersama di utara sempadan bandar Kaesong, kata Agensi Berita Utama Korea dalam satu penghantaran yang dipantau Seoul lewat hari ini.

Ketegangan yang berlaku di semenanjung Korea itu memuncak apabila laporan penyiasatan menyalahkan Korea Utara kerana melancarkan sebutir torpedo sehingga mengakibatkan kapal perang Cheonan karam pada 26 Mac lalu serta mengorbankan 46 anak kapal.-AP

P/S: Macam-macam hal dah dunia ni, 1 negara pun boleh putus memutuskan hubungan, tuduh menuduh, ntah la yang mana betul, kita tengok dan lihat saja lah labu, hehe~

1 comments:

marshalizadotcom says:
May 28, 2010 at 7:48 PM

Salam singgah....:)

Post a Comment