Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

11.5.10

Mahu kahwin duit tak cukup

5 comments
Mahu kahwin duit tak cukup

Kaunseling untuk remaja, ada pula macam ini, mahu kahwin tapi tak cukup duit, artikel nie aku jumpa dalam website HMETRO, korang boleh la baca-baca kisah selanjutnya. Wahai remaja sekalian, anda perlu buat satu pelan simpanan dan dapatkan nasihat daripada institusi kewangan atau pakar kewangan dalam perkara ini. anda juga boleh membaca buku berkaitan simpanan duit untuk masa hadapan.

Jika anda serius untuk berkahwin, cuba usahakan majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan anda. Anda perlu merancang kewangan untuk tujuan perkahwinan itu.

Sikap jimat-cermat boleh membantu anda dalam mengurus simpanan untuk tujuan perkahwinan dengan baik. Kalau anda sudah berazam untuk mendirikan rumah tangga, fikirkan lah jalan yang terbaik untuk mengejar matlamat anda menjadi sepasang suami isteri yang bahagia hingga ke anak cucu.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hidup mesti berlari ke depan,bukan berlari ke belakang.

9.5.10

Sampai Hati Adik tikam Abang

2 comments
Salam semua para pembaca & blogger2x, saya tahu korang semua dah baca tentang nie, saya saja nak post dalam blog saya untuk membaca berulang kali, dan juga bagi yang belum baca tentang ni, boleh la baca kat sini.Bagi yang sudah pernah membaca tentang ini, korang abaikan lah kisah ni. HMetro hari ini.

Abang parah ditikam adik

TANGKAK: Akibat meminta sebatang rokok, seorang lelaki nyaris maut apabila ditikam adiknya yang tiba-tiba mengamuk di rumah mereka di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Tindakan pantas bapa mereka, Mustafa Osman, 61, yang menepis serangan parang berjaya mengelak mangsa daripada terus ditikam, malah mangsa turut diugut akan dicungkil biji mata.

Suspek turut memberi amaran akan mencederakan ibu bapanya jika mereka menghalang perbuatannya.

Ibu mereka, Fatimah Mat Said, 47, berkata kejadian berlaku ketika dia selesai solat Isyak apabila anak keduanya, Mohd Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan abang pulang ke rumah selepas keluar ke Pekan Bukit Gambir, manakala Fauzi yang dipanggil adik serta suaminya berada di ruang tamu menonton televisyen.

“Ketika Mohd Khairuddin masuk ke rumah, dia meminta sebatang rokok daripada adik dan berjanji untuk menggantikannya. Adik terus bangun daripada kerusi dan saya menyangka dia mahu mengambil rokok, sebaliknya dia mengambil parang di tepi tingkap sebelum menikam rusuk kanan abang.

“Saya menjerit ketakutan dan ketika suami saya memangku abang yang berlumuran darah, Khairuddin sempat berkata ‘sampai hati adik tikam abang, abang tak buat salah apa pun’ tetapi adik terus menjerit mahu mencungkil mata abang dengan mengacukan parang tetapi sempat ditepis oleh bapa mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ibu nya telah keluar untuk meminta bantuan jiran menghubungi polis dan ambulans.Ibunya berkata,Fairuz tidak melawan atau bertindak agresif, sebaliknya hanya menyerah diri kepada polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Dia tidak tahu kenapa adik sanggup menikam abangnya tetapi mengakui Fairuz menghadapi masalah kesihatan dan sering bergaduh dengan abangnya walaupun mangsa tidak pernah membalas kerana tahu adiknya kurang sihat.kedua-dua beradik itu juga rapat dan setiap hari mereka berulang alik bersama dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Serom 7.

P/S: Macam-macam dah berlaku sekarang ni, kalau baca-baca surat khbar , kes terlalu banyak, tentang itu lah, ini lah, huh! apa pun sebagai adik, jangan lah melawan abang, kakak, mak atau ayah. Dengarkan lah nasihat yang mereka berikan.

3.5.10

Apa itu Kehidupan ?

0 comments
hidup anything style kehidupan
Kehidupan adalah fenomena atau perwujudan adanya hidup, iaitu keadaan yang membezakan organisme (makhluk hidup) dengan benda mati.

Berbagai jenis organisme dapat ditemukan di dalam biosfer bumi. Ciri umum organisme-organisme tersebut—tumbuhan, haiwan, fungi, protista, archaea, dan bakteria—ialah bentukan sel berbahan dasar karbon dan air dengan pengaturan kompleks dan informasi genetik yang dapat diwariskan. Organisme-organisme tersebut melakukan metabolisme, mampu tumbuh dan berkembang, tanggap terhadap rangsangan, berkembang biak, dan beradaptasi terhadap lingkungannya melalui seleksi alam.

Suatu entitas dengan ciri-ciri di atas disebut sebagai organisme hidup, iaitu makhluk hidup. Namun demikian, tidak semua definisi kehidupan menganggap semua ciri tersebut penting. Contohnya, kemampuan untuk memiliki keturunan dengan modifikasi sering dianggap sebagai satu-satunya ciri utama kehidupan. Definisi ini mencakup virus, yang umumnya tidak tercakup dalam definisi yang lebih sempit kerana virus tidak memiliki sel dan tidak melakukan metabolisme.

Tujuan kehidupan manusia ada di tangan diri anda sendiri,

-Hidup itu hanya sekali,
-jadi lakukan hal yang terbaik di dalam hidupmu,
-jangan sia-siakan hidup ini dengan memakai narkoba..
-jangan sia-siakan hidup ini hanya untuk berperang..
-jangan sia-siakan hidup ini hanya untuk saling membunuh..
-maanfaatkan hidup ini dengan sebaik-baiknya.
-Beramal soleh, banyak2 kan ilmu di dalam hidup,

Kehidupan juga adalah sesuatu yang susah hendak ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaruan. Suatu permulaan, cerita buat seseorang insan.
Manusia bagai karakter bernyawa. Memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Masalah datang untuk menduga. Keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah... ataupun kecundang. Manusia tentukan nasibnya. Allah berikan yang terbaik untuknya. Namun, kekecewaan datangnya dari kesalahan dirinya. Mereka melakonkan setiap watak... tanpa mereka sedari keadaannya. Aku umpama lelaki yang memainkan peranan yang amatlah penting. Dalam perjalanan hidup seseorang bernama halim.

Dilalui bermacam dugaan. Yang perlu ketabahan dalam setiap keputusan. Keluarganya besar,adik-beradik ramai. Begitu juga kenalan. Berkenalan seorang demi seorang. Namun semuanya pergi begitu sahaja. Mungkin tidak sesuai, mungkin juga tidak sepadan. Mungkin juga ada halangan, mungkin juga tiada jodohnya. Diteruskan hidup sebagai satu permulaan.Yang ingin dilalui dengan penuh keyakinan. Hidup ini tidak akan mati selagi Allah masih di sisi. Semangat yang diberi akan selalu membantu dalam melayari hidup ini.

Walau mereka pergi meneruskan hidup yang dicari. Mereka bahagia dengan pilihan hati. Tidak ku cemburu ataupun sedih. Namun kentalnya hati mencari yang lebih memahami hati yang sunyi. Walau sunyi ku masih siuman. Memilih insan untuk bergelar teman. Teman bukan sembarang teman. Namun teman sehidup semati. Bukan tidak sabar, tapi ia adalah tuntutan. Tuntutan agama untuk dipenuhi setiap insan. Tercapailah sebahagian ibadah,berumahtangga, suruhan Ilahi. Setiap insan punyai pasangan sendiri. Siapa pasangannya,tidak diketahui, Mungkin di sini, mungkin juga di sana. Allah tetapkan dari azali. Berdoa, bersabar dan berusaha, pekerjaan kita pastinya. Mencari dan mencari apa yang sudah diberi.
Percaya pada Allah, yang paling kritis. Percaya pada Nabi, memang penting sekali, Hormati ibu bapa,itu yang perlu diingati, Sayangi diri sendiri, juga harus dijaga.

Ketahuilah matlamat hidup yang sebenarnya hanyalah untuk Allah swt dan bukan untuk dunia. Dunia hanyalah laluan untuk kembali ke akhirat. Kehidupan yang sebenar bukanlah di dunia tetapi di akhirat. Dunia merupakan tempat berbakti untuk mencari keredhaan Allah swt. Bukan untuk mengumpul dunia dan berbangga-bangga dengannya.

P/S: Janganlah kita sia-siakan hidup kita di muka bumi ini, kerana kita hanya menumpang di bumi ini. Buat lah perkara-perkara ke arah kebaikan atau yang bermanfaat untuk kita semua.