8.5.10

Selamat Hari Ibu, Buat Mu ibu

3 comments


hari ibu,mothers day,sayang ibu

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia.Terutama sekali kepada ibu aku,kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang sehinggalah aku menjadi seperti sekarang,Kaulah pertama hatiku.

Bagi aku,Hari ibu dan juga hari bapa ialah tiap-tiap hari dalam diri ku.Tidak perlu hari ibu untuk kita bagitaw yang kita sayang ibu kita. Tak perlu hari bapa untuk kita bagitaw yang kita kasihkan ayah kita. Sebab mereka dah sayang dan kasih kita sejak mereka taw aku masih dalam kandungan lagi. Segala keperluan sudah di beli sebelum aku melihat dunia ini. Sewaktu aku kecil, aku nangis, mereka dodoikan, aku lapar, mereka mencari makanan untuk aku. Mereka sudah melahirkan kasih dan sayang tiap-tiap hari kepada kita, kenapa sebagai anak yang sudah dijaga dan di didik tak boleh berbuat demikian. Pelbagai alasan kita berikan. Pelbagai rungutan kita luahkan. Tapi ibu bapa tidak pernah merungut. Mereka tetap menjaga kita walau mereka sibuk sekali pun.

Paling aku sangat sedih lah, anak sanggup buang bapa kandung sendiri, halau bapa mereka. Tak terfikir kah masa kecil dulu, ibu bapa juga lah yang membesarkan kita, hasil kerja titik peluh mereka untuk membesarkan kita. kecil-kecil menyusahkan, bila dah besar makin la menyusahkan. Allah Maha adil. itu jelah, macam nak nangis plak aku. .
SELAMAT HARI IBU SEDUNIA, jangan sia-siakan ibu kita yang masih ada. SAYA SAYANG IBU!

3 comments:

sonata anak kancil says:
May 8, 2010 at 9:08 PM

Ibu adalah segala2nya.....ibu akan setia mendengar segala suka & duka anak...ucapkanlah terima kasih kepada ibu anda...
TK ziarah AGK & Sonata followed

Style says:
May 8, 2010 at 9:16 PM

>>SONATA

betul2..
terima kasih ibu kerana menjaga dari kecil hingga sekarang, tanpa ibu siapa lah aku.

Lan_Skywalker says:
May 9, 2010 at 3:34 PM

Selamat Hari Ibu buat ibu2..
Ibu Kita adalah seorang pejuang.. ^^
Yg xtau penat lelah dalam memperjuangkan kebahgiaan anak2 mereka, kebahagiaan suami dan rumahtangga..

Syurgalah yg selayak2nya bagi mu ibu..

Post a Comment