16.5.10

ROCK KAPAK GEGARKAN KUALA LUMPUR MEI INI (30.05.10)

0 comments
  TRIBUTE TO ROCK KANGKANG,<br />View all REVENGE (Malaysia) events<br />REVENGE,rock,rottw,rock kapak
klik gambar untuk melihat lebih besar


Kebangkitan irama rock 80-an atau lebih dikenali sebagai ‘rock kapak’ semakin mendapat perhatian dikalangan peminat muziktempatan. Bagi menghangatkan lagi bahang tersebut, Rawkcats Events menjemput semua peminat rock tanahair ke Mini Konsert Tribute to Rock Kangkang 2010,yang bakal berlangsung pada 30 Mei 2010 (Ahad), bertempat di One Café, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Mini konsert yang memasuki edisi kali ketiga ini akan bermula pada jam 2.00 petang hingga jam10.00 malam.

Peminat-peminat muzik rock tanah air bakal disajikan dengan persembahan muzik rock 80-an selama 8 jam tanpa henti daripada 11 kumpulan rock tanah air gabungan baharu dan lama.

Persembahan akan diketuai oleh kumpulan Revenge bersama-sama kumpulan-kumpulan rock lagenda seperti Candy, Meditasi, Junction dan Sons Of Adam. Lebih menghangatkan lagi persembahan pada hari itu adalah kemunculan wira rock dari seberang tambak, Rockers yang membuat kemunculan sulung di Malaysia setelah 20 tahun menyepi.

Mini konsert ini dilengkapkan dengan kehadiran LIMA kumpulan ‘rock kapak’ era baru yang bakal menunjukkan taring mereka, iaitu Reptilia, Brown Attack, Black Days, V, dan Aisunam, yang merupakan juara Rentak Juara anjuran RTM tahun 2008.

Pas-pas masuk boleh didapati dengan harga diskaun RM20.00 mulai 17 April 2010 di OKR Combination di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Pas-pas juga akan dijual pada hari persembahan, dengan harga RM25.00. Sebarang pertanyaandan tempahan boleh dihubungi melalui talian hotline 019-263 6518/2518. Diskaun istimewa sebanyak 20% akan diberikan untuk ahli-ahli kelab Rottwaillers, Sayap-Sayap Wings dan Duniasearch. Peminat-peminat rock disarankan untuk membeli tiket lebih awal, kerana pas masuk hanya terhad untuk 1000 orang sahaja. Bagi mendapatkan informasi lanjut dan maklumat terkini berkenaan mini konsert ini,sila layari laman web rasmi, www.ttrk.org, Muzikrock.com atau forum online rasmi, www.lagendarock.com.

P/S: Pada peminat-peminat Rock kangkang, jom ramai2 kasih pecah ini event,ROCK N ROLL!!!

0 comments:

Post a Comment