9.5.10

Sampai Hati Adik tikam Abang

2 comments
Salam semua para pembaca & blogger2x, saya tahu korang semua dah baca tentang nie, saya saja nak post dalam blog saya untuk membaca berulang kali, dan juga bagi yang belum baca tentang ni, boleh la baca kat sini.Bagi yang sudah pernah membaca tentang ini, korang abaikan lah kisah ni. HMetro hari ini.

Abang parah ditikam adik

TANGKAK: Akibat meminta sebatang rokok, seorang lelaki nyaris maut apabila ditikam adiknya yang tiba-tiba mengamuk di rumah mereka di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Tindakan pantas bapa mereka, Mustafa Osman, 61, yang menepis serangan parang berjaya mengelak mangsa daripada terus ditikam, malah mangsa turut diugut akan dicungkil biji mata.

Suspek turut memberi amaran akan mencederakan ibu bapanya jika mereka menghalang perbuatannya.

Ibu mereka, Fatimah Mat Said, 47, berkata kejadian berlaku ketika dia selesai solat Isyak apabila anak keduanya, Mohd Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan abang pulang ke rumah selepas keluar ke Pekan Bukit Gambir, manakala Fauzi yang dipanggil adik serta suaminya berada di ruang tamu menonton televisyen.

“Ketika Mohd Khairuddin masuk ke rumah, dia meminta sebatang rokok daripada adik dan berjanji untuk menggantikannya. Adik terus bangun daripada kerusi dan saya menyangka dia mahu mengambil rokok, sebaliknya dia mengambil parang di tepi tingkap sebelum menikam rusuk kanan abang.

“Saya menjerit ketakutan dan ketika suami saya memangku abang yang berlumuran darah, Khairuddin sempat berkata ‘sampai hati adik tikam abang, abang tak buat salah apa pun’ tetapi adik terus menjerit mahu mencungkil mata abang dengan mengacukan parang tetapi sempat ditepis oleh bapa mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ibu nya telah keluar untuk meminta bantuan jiran menghubungi polis dan ambulans.Ibunya berkata,Fairuz tidak melawan atau bertindak agresif, sebaliknya hanya menyerah diri kepada polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Dia tidak tahu kenapa adik sanggup menikam abangnya tetapi mengakui Fairuz menghadapi masalah kesihatan dan sering bergaduh dengan abangnya walaupun mangsa tidak pernah membalas kerana tahu adiknya kurang sihat.kedua-dua beradik itu juga rapat dan setiap hari mereka berulang alik bersama dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Serom 7.

P/S: Macam-macam dah berlaku sekarang ni, kalau baca-baca surat khbar , kes terlalu banyak, tentang itu lah, ini lah, huh! apa pun sebagai adik, jangan lah melawan abang, kakak, mak atau ayah. Dengarkan lah nasihat yang mereka berikan.

2 comments:

Lan_Skywalker says:
May 9, 2010 at 3:32 PM

Kejamnya..
Adik, sayanglah abg tu..
Sampai hati adik..
Kesian Mak ayah.. : (

Style says:
May 9, 2010 at 3:37 PM

>>LAN Skywaljer,
tu la pasal lan,
kesian mak ayah kan.
doakan jelah mereka yang terbaik :)

Post a Comment